KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti peringkat pusat pada 24 Sept ini.
Mereka bakal berdepan dengan empat calon lain iaitu Ketua Wanita Sabah Datuk Dr Pamela Yong, Timbalan Bendahari Agung Datuk Lawrence Low Ah Kiong, Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Ketua Pemuda Kebangsaan Datuk Nicole Wong untuk merebut empat kerusi naib presiden.
Sementara itu, 25 kerusi ditawarkan untuk Ahli Jawatankuasa Pusat yang menjadi rebutan 48 calon.
Terdahulu, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi kenyataan di Facebook rasmi berkata beliau akan bertanding dengan bekas Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Tan Chong Seng bagi merebut jawatan presiden dalam pemilihan parti.
Beliau berkata proses penamaan calon bagi Jawatankuasa Pusat MCA 2023 berjalan dengan lancar semalam, menyaksikan gelanggang bagi merebut kesemua jawatan di peringkat pusat dan sayap Pemuda serta Wanita kini dibuka.
Pemilihan untuk peringkat sayap Pemuda dan Wanita adalah pada 23 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Naib Presiden MCA (dari kiri) Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti peringkat pusat pada 24 Sept ini.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Ling, Wong dipilih ketua pemuda dan wanita MCA yang baharu
Hari ini pula akan berlangsung pemilihan bagi jawatan utama parti membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan AJK pusat.
Pemilihan MCA: Tiga naib presiden akan pertahan jawatan
Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti peringkat pusat pada 24 Sept ini.
Pemilihan MCA: Wee dicabar bekas ahli Jawatankuasa Pusat untuk jawatan presiden
Wee yang merupakan penyandang presiden MCA berkata, ia menunjukkan proses demokrasi kekal subur dalam parti itu.
Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.
Mana-mana ahli MCA boleh bertanding jawatan tertinggi - Liow
Liow berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.